PERSATUAN MUAFAKAT GURU PEMULIHAN KHAS KUALA TERENGGANU (PMGPKT)       

#kitakeluarga

Ke Arah Meningkatkan Kualiti Guru dan Murid Pemulihan Khas 

Persatuan Muafakat Guru Pemulihan Khas Kuala Terengganu (PMGPKT) ialah satu NGO yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Organisasi Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-001-11-30102022. 

Matlamat utama PMGPKT ialah untuk menjadi teras utama dalam membantu guru dan murid Pemulihan Khas Kuala Terengganu  dalam menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada murid Pemulihan Khas.

UNTUK INFO LANJUT MENGENAI PERSATUAN KAMI : 019-9357527 (PENGERUSI) /012-9811499 (SETIAUSAHA) 

Capture
KAMI MEMERLUKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA!!

Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas dari anda supaya kami dapat menjalankan pelbagai program dan aktiviti khusus untuk murid Pemulihan Khas di daerah Kuala Terengganu ini. Antara aktiviti dan program yang dirancang ialah mengeluarkan modul khas, pembahagian bantuan alat tulis dan peralatan sekolah, melaksanakan kem intensif, sumbangan untuk murid asnaf dan banyak lagi.

Semoga sumbangan dari anda akan memberi seribu kebaikan buat anda dan keluarga. 

SUMBANG SEKARANG

SUMBANGAN JUGA BOLEH DILAKUKAN SEPERTI BERIKUT : 
1102069585
ANTARA AKTIVITI & PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PERSATUAN :
  • Lawatan Bermaklumat Murid Pemulihan Khas Ke Pusat Sains dan Kreativiti Negeri Terengganu
  • "Kem Serlah Minda" untuk murid pemulihan khas
  • Kem "Jom Baca... Comel"
  • Sumbangan Untuk Guru Pemulihan Khas yang menjadi mangsa banjir
  • Menerbitkan modul khas untuk murid pemulihan khas Kuala Terengganu
  • Sumbangan kepada guru pemulihan khas yang dilanda masalah kesihatan kronik
  • Menerbitkan Buku Rekod Prestasi untuk kegunaan guru, murid dan ibubapa
  • Menjalinkan hubungan strategik dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu untuk manfaat murid pemulihan khas.
  • Program CELIK KENDIRI bersama YaPEIM khas untuk ibubapa dan murid pemulihan khas Kuala Terengganu
  • Sumbangan dan bantuan khas kepada murid Pemulihan Khas yang yatim dan miskin.

DONATE 2 SUPPORT


HANYA RM10 SEORANG UNTUK SUMBANGAN KEPADA MURID PEMULIHAN KHAS

This will close in 20 seconds