Murid Pemulihan Khas ialah murid dari sekolah rendah yang masih belum menguasai kemahiran asas dalam MEMBACA, MENULIS dan MENGIRA melibatkan kemahiran asas Bahasa melayu dan Matematik.
Kebanyakan dari mereka ini adalah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan banyak faktor yang menjadi punca mereka masih belum dapat kuasai kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik.
Unit Pemulihan Khas Kuala Terengganu ialah salah satu unit dibawah Sektor Pembelajaran di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Unit Pemulihan Khas Kuala Terengganu dikendalikan oleh 2 orang pegawai PPD iaitu Tn Hj Ahmad Azhan dan En Iskandar Zulkarnain dan mereka dibantu oleh 10 orang Jurulatih Daerah (JU) terdiri dari Guru Pemulihan Khas di daerah Kuala Terengganu.
Bahan pengajaran Bahasa Melayu & Matematik, panduan pelaksanaan kelas pemulihan khas, set saringan, panduan MBK dan sebagainya.
Merupakan satu NGO yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM-001-11-30102022 di bawah UPKKT yang menjadi tonggak penggerak bagi guru dan murid pemulihan khas di daerah Kuala Terengganu.
Dapatkan info terkini, maklumat dan aktiviti yang kami jalankan di page Facebook rasmi kami. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page kami.
#Program
#SumbanganRM10
KEMPEN SUMBANGAN RM10 SEORANG UNTUK MURID PEMULIHAN KHAS
HANYA RM10 SAHAJA , ANDA SUDAH MAMPU MENCERIAKAN MURID PEMULIHAN KHAS YANG AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA!!
#buyNdonate
BUKU REKOD PRESTASI MURID PEMULIHAN KHAS
Buku ini mengandungi semua elemen perekodan bagi setiap murid Pemulihan Khas termasuk senarai semak murid ke Pendidikan Khas, profil peribadi murid, borang saringan dan banyak lagi. Segalanya dalam 1 buku.